Demikianlah antara respon mereka tentang program ini. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua..Jazzakallah..
.
JJB di SMK Sultan Alauddin Riayat Syah I Pagoh
Demikianlah antara respon mereka tentang program ini. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua..Jazzakallah..
Jom Jadi Bijak di SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar
Antara peserta yang nak jadi bijak!
Panjang ke pendek tu dik? atau tinggi, rendah
NYDP IKRAM Muar sedang menyampaikan banting pada pihak sekolah
Alhamdulillah dengan izin Allah swt, Program Jom Jadi Bijak berjaya dijalankan di SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar dengan dikendalikan oleh akh Norhan, Dr Halim dan dibantu oleh akh Nik Amin, akh Amir, Aslam (anak akh Norhan)dan Dr Ahmad Fahmi.
Seramai 100 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1-6 yang tinggal di asrama mengikutinya.
Beberapa hari sebelum program sempat juga berbincang dengan warden asrama puteri. Menurut beliau antara masalah di asrama beliau ialah 'couple',tidak menjaga sembahyang,banyak 'clik', keluar tanpa kebenaran dan banyak juga yang datang dari 'broken family'.
Walaupun program dikendalikan waktu malam, bermula pukul 8 malam, dengan persembahan yang mantap, pelajar-pelajar mampu bertahan hingga tamat.
Antara komen-komen pelajar:
"Program ini memberikan banyak maklumat tentang bahayanya perbuatan zina"
"Program ini menyebabkan saya membatalkan hasrat saya untuk ber'couple'"
"Program ini patut dibuat selalu di sekolah ini"
"Teruskan usaha murni pihak IKRAM/JIM"
"Terima kasih kerana memberi kami batch yang begitu cantik"
Keseluruhanya kami berasa berpuas hati dengan perjalanan program ini. Kaunselor sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah pada pihak IKRAM atas persembahan yang begitu menarik,berinformasi dan tidak membosankan.
Jom Jadi Bijak di Kolej Kejururawatan Muar
Sempat bergambar kenangan di depan kolej
Penyerahan banting kepada wakil kolej
Jalan baik-baik adik, jangan sampai masuk longkang
Bakal-bakal 'nurse' sedang mendengar celoteh Pak Long
Alhamdulillah dengan izin Allah team JJB JIM Johor telah berjaya mengadakan program JJB di Kolej Kejururawatan Muar pada 26 dan 27 Jun yang lalu dengan kerjasama pihak Kolej dan JIM/IKRAM Muar.
Team KBJ JIM Johor yang mewakili JJB JIMJ yg terdiri dari PakLong, Pak Kay, Ahmad Taufik Azlan, Fidah, Amyra Azlan,Norhairani dan Siti Rohani telah sampai keBandar Maharani pada Jumaat malam 25 Jun, begitu juga dgn Fifi dari BP dan Mim dari Shah Alam,kami terus melakukan TOT utk team facilitator dari JIM/IKRAM Muar di Pej JIM Muar pada malam tersebut.
Jumlah peserta adalah 135 orang dan 17 dari mereka adalah peserta bangsa India dan seorang dari kaum orang asli. Mereka adalah pelajar tahun akhir kolej.Sebahagian komen dari peserta non-muslim di sessi perkongsian pada hari kedua.
“Saya dapat gambaran yang jelas sedikit tentang Islam, so kena ingat, jangan tinggalkan sembahyang, ingat mak ayah, muga kita dapat menghindarkan diri kita dari apa jua yang berkaitan dengan zina”
” Pada mulanya saya sampai pagi semalam, saya rasa boring sangat, dan saya bertanya kenapa saya perlu hadir, padahal saya masih lagi dalam cuti, tapi akhirnya saya rasa seronok menghadiri program ini”.
Program Sukses Bersama Di SK Simpang 4 Parit Jamil, Parit Jawa, Muar
Forum SUKMA kali pertama ini diadakan pada 16 April 2010 (Jumaat)... Slot Forum SUKMA diteruskan dengan sesi Ta'aruf bersama 28 orang murid tahun 4,5,6 di SK Simpang 4, pengisian yang diberikan dalam pelbagai topik menyentuh aspek pempelajaran memberikan kesan positif dengan pemglibatan murid yang efektif..
Program Pembinaan Sahsiah Pelajar di SMK Convent Muar
PENYERAHAN BANTING ABJZ OLEH YDP JIM MUAR KEPADA PENGETUA SMK CONVENT
17 dan 18 April, JIM Muar bersama Vision Consultant (milik Abang Long) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program pembinaan sahsiah di SMK Convent. Dalam program 3 dalam 1 ni, ia menggabungkan ceramah Maulidurrasul oleh Abang Long, Jom Jadi Bijak oleh Dr Halim dan Dr Norjihan serta KBM oleh team KBM Muar dan Abang Long.
Ceramah Maulidurrasul yang disertai pelajar tingkatan 1-5, memanglah menarik,maklumlah penceramah yang dibawakan dah taraf professional. Pengisian yang begitu berinformasi diselang-seli aksi lawak Abang Long memang menyebabkan peserta tak gering gusi
Di sebelah petang pula, slot Jom Jadi Bijak yang pesertanya pelajar tingkatan 3-5 seramai 165 orang. Walaupun aksi tidaklah sehebat Abang Long, tapi peserta mendapat maklumat baru tentang zina, bahaya zina dan punca-puncanya. Dari maklum balas yang diterima, mereka sedar tentang bahayanya perbuatan zina ini dan akan berusaha untuk menjauhinya, malah ada peserta yang mengakui hampir melakukan zina dengan teman lelakinya.
Di sebelah malam dan keesokanya, diteruskan dengan program KBM dan Qiamulail.
Walaupun program ini agak meletihkan pelajar, tetapi mereka berasa begitu bermanafaat dan meminta supaya dilakukan lebih kerap lagi.
Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan ikwah/akhwat sekalian.