Sempat bergambar kenangan di depan kolej
Penyerahan banting kepada wakil kolej
Jalan baik-baik adik, jangan sampai masuk longkang
Bakal-bakal 'nurse' sedang mendengar celoteh Pak Long
Alhamdulillah dengan izin Allah team JJB JIM Johor telah berjaya mengadakan program JJB di Kolej Kejururawatan Muar pada 26 dan 27 Jun yang lalu dengan kerjasama pihak Kolej dan JIM/IKRAM Muar.
Team KBJ JIM Johor yang mewakili JJB JIMJ yg terdiri dari PakLong, Pak Kay, Ahmad Taufik Azlan, Fidah, Amyra Azlan,Norhairani dan Siti Rohani telah sampai keBandar Maharani pada Jumaat malam 25 Jun, begitu juga dgn Fifi dari BP dan Mim dari Shah Alam,kami terus melakukan TOT utk team facilitator dari JIM/IKRAM Muar di Pej JIM Muar pada malam tersebut.
Jumlah peserta adalah 135 orang dan 17 dari mereka adalah peserta bangsa India dan seorang dari kaum orang asli. Mereka adalah pelajar tahun akhir kolej.Sebahagian komen dari peserta non-muslim di sessi perkongsian pada hari kedua.
“Saya dapat gambaran yang jelas sedikit tentang Islam, so kena ingat, jangan tinggalkan sembahyang, ingat mak ayah, muga kita dapat menghindarkan diri kita dari apa jua yang berkaitan dengan zina”
” Pada mulanya saya sampai pagi semalam, saya rasa boring sangat, dan saya bertanya kenapa saya perlu hadir, padahal saya masih lagi dalam cuti, tapi akhirnya saya rasa seronok menghadiri program ini”.