Program Sahabat Dakwah di wad kanak-kanak Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada 4 April 2010

Pada 4 April 2010, beberapa orang ahli wanita JIM Muar yang juga merangkap AJK Sahabat Dakwah daerah Muar telah mengadakan sesi bersama anak2 di wad paediatrik HPSF dengan bantuan beberapa orang ikhwah JIM Muar. Antara aktiviti yg dijalankan adalah bercerita dan muzikal box. Kesemua kanak2 kemudian diraikan dengan pemberian cenderahati yg berupa air kotak, buku, permainan dan coklat. Kanak2 di wad 15 & 17 kelihatan sangat ceria, walaupun pada mulanya ada juga yg kelihatan takut2 dan tidak mahu berenggang dengan ibu masing2. Semoga dengan sesi yg dijalankan dapat meringankan atau membuat mereka lupa sementara akan kesakitan yg sedang dialami. Para ketua jururawat wad2 yg terlibat sangat berharap agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan secara berkala. Moga usaha yg kecil ini diberkati Allah SWT. Beberapa gambar yg dapat dikongsi bersama.


Penyampaian cenderahati daripada Dr Halim Sibghatullah

Hadiah dan cenderahati untuk kanak-kanak

Salah satu aktiviti permainan bersama-sama dengan kanak-kanak..



Sesi bercerita bersama ustaz Faiz ...